Monday 17 October 2016

Filled Under:

Terkini !!! Kes TETAK Sampai Mati : 2 Suspek Ditahan,,,SUSPEK UTAMA Masih Bebas,,POLIS MOHON ORANG RAMAI MENGESAN HAFIZ SUSPEK UTAMA..(TOLONG SEBARKAN)

    Terkini !!! Kes TETAK Sampai Mati : 2 Suspek Ditahan,,,SUSPEK UTAMA Masih Bebas,,POLIS MOHON ORANG RAMAI MENGESAN HAFIZ SUSPEK UTAMA..(TOLONG SEBARKAN)

    Pihak polis menahan 2 lelaki melayu bagi membantu siasatan mengesan saspek utama kes pembunuhan di parkir Kompleks Seri Iman, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu semalam.

    Menurut kenyataan pihak Polis, pihaknya telah membuat serbuan pada jam 4.45 petang di dua kediaman dan dua lokasi berbeza  iaitu di  jalan Tanjung Bunut ,Buluh Gading dan Kampung Dusun Tembakau disini.

     Saspek pertama yang berumur 27 tahun itu merupakan pemamdu kereta Honda City(QMD 6252) berwarna merah  serta bekerja sebagai tukang rumah dan berasal dari Kampung Dusun Tembakau, Kuala Terengganu.

    Bagaimana pun saspek memberitahu kereta yang dipandunya telah diserahkan kepada bapa saudara saspek utama semalam untuk tujuan disorokkan.

    Berdasarkan maklumat itu, bapa saudara saspek utama yang berusia 55 tahun turut ditahan 15 minit selepas tangkapan saspek pertama.

    sehubungan denganitu, beliau ditahan di tepi kawasan padang rumput tempat kereta saspek utama di sorok.

    Pihak polis  masih meneruskan siasatan  dan usaha mengesan saspek utama  yang terlibat dalam pembunuhan Shukri Husin,34 di parkir tersebut sedang giat dijalankan.     


    Jika disabitkan kesalahan  saspek akan didakwa dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  




    0 comments:

    Post a Comment