Saturday, 15 October 2016

Filled Under:

TAKZIAH! Nabil Ahmad dimasukkan ke Hospital dan Telah kembali.. Semoga Isteri dan sekeluarga sentiasa Tabah hadapi Musibah ini !!

    TAKZIAH! Nabil Ahmad dimasukkan ke Hospital dan Telah kembali Sembuh.. Semoga Isteri dan sekeluarga sentiasa Tabah hadapi Musibah ini !!

    Pelawak dan pengacara program realiti paling popular Gegar Vaganza, Nabil Ahmad telah dimasukkan ke hospital gara-gara keracunan makanan dan 'over work'.

    Nabil ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia dimasukkan ke wad pada malam Selasa lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah-muntah tidak berhenti.

    “Saya ke hospital pada malam Sesala lalu selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan lemah badan.
    “Sampai di hospital doktor memberitahu saya cirit-birit dan muntah-muntah yang saya alami disebabkan keracunan makanan dan demam kerana ‘over work’.

    “Keracunan makanan...kalau orang dengar mesti cakap ‘biasalah tu’. Tapi sebenarnya sakitnya, azabnya hanya Allah sahaja tahu. Habis sakit segala sendi dan seluruh badan kerana banyak air yang hilang akibat cirit-birit dan muntah serentak,” katanya ketika dihubungi pada pagi Sabtu.

    Bagaimanapun menurut Nabil, dia sudah mula bekerja seperti biasa hari ini dan sudah bersiap sedia ke pentas Gegar Vaganza 3, pada malam esok (Ahad).

    “Alhamdulillah, selepas tiga hari berada di wad dan dimasukkan beberapa drip air saya dibenarkan keluar dari hospital petang semalam (Jumaat).

    “Badan saya sudah sihat seperti sediakala dan sudah mula bekerja hari ini. Esok malam saya akan ke Auditorium MBSA untuk malam pembukaan Gegar Vaganza musim ketiga.

    “Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya dan menasihati saya supaya mendapatkan rehat yang cukup.

    “Sekarang, saya tahu betapa susahnya mencari duit, sampai masuk hospital. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan berada di sisi,” ujarnya.




    0 comments:

    Post a Comment